Tudung kepalanya menangkup rapat
hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.
Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat
menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret
mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil
mengucapkan salam.
Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan
masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus
menunduk.
Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah.
Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji
saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s.
terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun secara
ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina".
Kepala Nabi Musa
terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan
itu saya pun ... lantas hamil.
Setelah anak itu lahir, langsung saya ... cekik
lehernya sampai ... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan
celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku
kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka
kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati
bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut.
Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa.
Ratap
tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan
dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah
menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya
betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Sepeninggalannya, Malaikat Jibril
turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa
engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah
engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh
itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina
itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah
itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat
dengan sengaja dan tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar daripada
seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa
kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat
tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan
tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa
sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan
menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak
punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang
bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai
iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah
sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang
yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya
di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang
meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia
akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh
tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat
perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan
wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita
dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).
- Bilangan perkataan Sholat dlm Al Qur'an banyak sekali, ini bermakna ia adalah perkara penting.
- Islam terbina atas 5 dasar .. semua tahu kan ?
- Allah bg sendiri kewajiban sholat pada nabi...tidak melalui jibril....semua amalan lain diwahyukan melalui jibril, namun kenapa tidak untuk sholat ?
- Tujuan utama Isra' Mi'raj nabi adalah untuk terima watikah kefardhuan solat.
No comments:
Post a Comment